Wednesday, April 14, 2010

MASALAH MURID HIPERAKTIF (ADHD)



PERANAN GURU MEMBINA MURID YANG BERMASALAH DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020
Dalam memenuhi cabaran Ketujuh Wawasan 2020, negara memerlukan generasi guru yang berwibawa, mengawal sahsiah dan moral murid. Keberkesanan peranan guru pada masa ini akan mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan sekaligus menentukan pencapaian matlamat wawasan negara. Peranan yang guru boleh mainkan antaranya adalah melihat pelajar secara positif dan melayaninya secara kemanusiaan, wujudkan budaya sayang menyayangi, bekhudi, yakni berusaha bukan hanya untuk kesempurnaan diri tetapi untuk kesempurnaan kumpulan, menggilap potensi, sahsiah, pengetahuan dan kemahiran murid, menghapuskan ciri negatif warisan keluarga murid, guru adalah mursyid, zuhud,   amanah dan bersih peribadi daripada sebarang kejelekan serta guru perlu menguasai keilmuannya melalui penyelidikan yang berterusan.


MURID YANG CEMERLANG DIGILAP OLEH GURU YANG GEMILANG.
Murid Prasekolah Nilam , Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam. 


MASALAH MURID HIPERAKTIF (ADHD)

Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanak-kanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. 

Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif.
Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif
- Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.
- Mereka suka membantah.
- Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.
- Lalai dan tidak memberi tumpuan.
- Sering merasa tidak puashati.
- Sering tertekan.
- Menghadapi masalah dalam pelajaran.
- Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.
- Cepat takut dan risau.
- Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Selain itu, Kanak-kanak yang bersikap Hiperaktif (ADHD) akan :
  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap

THE TOLE NEURO AKUPUNKTUR DAN HERBA

Menurut kajian kami pengambilan ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak ini mempunyai tahap glukosa asli yang rendah berbanding kanak-kanak normal. Di THE TOLE kami menyediakan rawatan Akupunktur dan herba. Rawatan ini mengambil masa selama 1 jam bagi setiap sesi dan mereka juga perlu mengambil ubat herba yang berbentuk serbuk halus "Brain Powder". Tempoh atau jangka masa rawatan yang perlu di ambil adalah bergantung kepada setiap individu itu.Kami telah membantu ramai kanak-kanak mengecapi hidup yang lebih bermakna.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara yang boleh diberikan kepada kanak-kanak yang bersikap Hiperaktif. Antaranya ialah :

Rawatan
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

GAMBAR MURID HIPERAKTIF DI PRASEKOLAH NILAM,SK SEKSYEN 17




 Murid mengganggu murid lain semasa membuat latihan